Pages

Friday, July 23, 2010

j - QAF ACSL MELESTARI GENERASI ISLAM GEMILANG


BUDAYAKAN AMALAN MEMBERI SALAM
ASSALAMUALAIKUM WBT...AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN...

Mekar mawar menghias laman,
Ditanam oleh puteri rupawan,
j-QAF acsl membuka lembaran,
Melahirkan generasi Islam yang berwawasan..



Thursday, July 22, 2010

PENGENALAN


PANDUAN DASAR DAN PELAKSANAAN J-QAF


1. PENDAHULUAN Program j-QAF berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.

2. KONSEP PROGRAM j-QAF


Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

3. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:

a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;

b. khatam al-Quran;

c. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan

d. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.



Wednesday, July 21, 2010

SOLAT TIANG AGAMA!!


SOLAT DAPAT MENCEGAH DARIPADA PERBUATAN MUNGKAR...










Tuesday, July 20, 2010

TENAGA PENGAJAR j - QAF